| dc.description.abstract |
Pembasmian kemiskinan, salah satu objektif utama dalam Matlamat Pembangunan
Milenium (MDG), telah menjadi isu penting pada tahun 1970, ketika separuh daripada isi
rumah di Malaysia berada dalam kemiskinan. Menjelang tahun 2002, hanya lima peratus
isi rumah masih miskin, walaupun tahapnya berbeza mengikut negeri dan kumpulan
etnik. Usaha-usaha untuk mengurangkan kemiskinan yang berjaya dilaksanakan
memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar dan pertanian, eksport
barangan pembuatan yang menggunakan ramai tenaga kerja, dan pembangunan dalam
sub sektor pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Pendidikan rendah universal telah
dicapai pada tahun 1990, di mana hampir semua kanak-kanak yang bersekolah
menamatkan persekolahan rendah. lni merupakan penambahbaikan yang ketara
berbanding dengan tahun 1970, di mana satu pertiga penduduk berumur enam tahun ke
atas tidak pernah bersekolah. Bilangan kanak-kanak perempuan yang bersekolah
hampir menyamai bilangan kanak-kanak lelaki pada tahun 1970, dan kini pula melebihi
lelaki pada peringkat menengah dan tinggi. Sebahagian daripada arah aliran ini dapat
dilihat dalam kadar pekerjaan lelaki dan wanita. Namun demikian, oleh kerana
tanggungjawab wanita adalah pelbagai dan peluang pekerjaan terhad, penyertaan kaum
wanita dalam tenaga buruh secara relatifnya adalah kurang. Mortaliti kanak-kanak dan
kesihatan ibu mengandung telah menunjukkan pengurangan kepada kadar yang paling
rendah di rantau ini melalui sistem penjagaan kesihatan primer yang berkesan dan
akses kepada bekalan air berkualiti, pemakanan dan sistem kumbahan. Malaria telah
hampir dihapuskan di kebanyakan kawasan yang padat dengan penduduk tetapi dengan
adanya HIV/AIDS dan batuk kering, ianya memerlukan perhatian. |
en_US |