| dc.description.abstract |
lndustri lnsurans Konvensional dan Takaful memainkan peranan penting sebagai ejen
keseimbangan sosial dalam ekonomi. Perkembangan industri Konvensional dapat dilihat
melalui peningkatan pendapatan premium dalam peratusan KNK nominal iaitu daripada
5.1 peratus pada tahun 2003 kepada 5.2 peratus pada tahun 2004. Manakala kadar
penembusan pasaran juga turut mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi pada tahun
2004 iaitu sebanyak 37.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan
industri Takaful yang telah mencatatkan peningkatan yang ketara dalam caruman bersih
iaitu sebanyak 70.9 peratus pada tahun 2004 berbanding pada tahun 1986 yang hanya
mencatatkan caruman bersih sebanyak 37.5 peratus. Sehubungan itu, kajian ini
bertujuan untuk menganalisis perkembangan dan pencapaian industri insurans di
Malaysia dalam pasaran yang kompetitif, mengenalpasti kecekapan kos minimum dan
keuntungan maksimum serta melakukan perbandingan antara industri insurans
Konvensional dan Takaful. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian dilakukan terhadap
13 buah syarikat insurans Konvensional dan 2 buah syarikat insurans Takaful bagi
tempoh 2002 hingga 2006 dengan menggunakan data sekunder yang diperolehi
daripada laporan tahunan syarikat terlibat. Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA)
digunakan bagi mendapatkan penganggaran kecekapan kos dan untung serta penilaian
terhadap kecekapan organisasi. Penemuan kajian berdasarkan kepada analisis
kecekapan keuntungan, analisis kecekapan kos dan juga analisis kecekapan skala
menunjukkan kebanyakan syarikat insurans Konvensional mencapai kecekapan dalam
tempoh kajian berbanding syarikat insurans Takaful. Pencapaian ini dapat dilihat
menerusi syarikat insurans MAA dan Pan Global yang mencapai tingkat kecekapan bagi
tempoh 2002-2003 sementara Allianz dan Hong Leong mencapai kecekapan dalam
tempoh 2004-2006. |
en_US |