Abstract:
Sektor lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu sektor yang
memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Tanpa
sokongan daripada kerajaan, sektor ini tidak dapat bersaing dalam pasaran
semasa. Pelbagai langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga
kepentingan IKS. Namun masih wujud kesukaran dalam mendapatkan pinjaman
daripada kerajaan dan bank oleh pengusaha IKS. Kajian ini bertujuan mengkaji
sejauhmana permasalahan tersebut mempengaruhi pembangunan IKS. Kajian ini
dilakukan di negeri Terengganu dan melibatkan seramai 100 orang responden.
Kaedah diskriptif seperti analisis frekuensi dan crosstabs digunakan. Manakala
data sekunder diperolehi daripada kaedah temubual menggunakan soalselldik.
Kajian ini turut menunjukkan beberapa cadangan baru yang boleh digunakan oleh
IKS untuk memajukan perniagaan mereka.