Abstract:
Penipisan lapisan ozon merupakan satu isu hangat yang sering dibincangkan di
dunia. Penipisan lapisan ozon akan memberi impak negatif terhadap manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan akuatik. Salah satu faktor utama yang
menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah penggunaan bahan penyejuk CFC-12 di
dalam penyaman udara kenderaan. Kajian ini dilakukan bagi melihat kesanggupan
membayar pemilik kenderaan persendirian berdasarkan kepada atribut-atribut yang
diberi untuk beralih kepada gas HFC134a. Pemodelan Pilihan ini telah digunakan
untuk menerbitkan atribut yang memberi kesan kepada kecenderungan untuk
bertukar kepada permintaan terhadap gas yang mesra alam. Hasil kajian mendapati
bahawa faktor bukan kewangan seperti kebarangkalian dijangkiti kanser kulit nyata
sekali memberi kesan kepada permintaan untuk bertukar sama seperti faktor harga
juga. Oleh yang demikian, menurunkan harga gas HFC134a akan menggalakkan
pengguna untuk beralih keutamaan mereka kepada gas yang baru. Selain itu ia
boleh dipertimbangkan untuk membuat polisi untuk menggalakkan penggunaan gas
yang mesra alam.