DSpace Repository

Perbezaan taraf pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi di Negeri Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Khairul Azahar Awang
dc.date.accessioned 2018-07-02T07:55:58Z
dc.date.available 2018-07-02T07:55:58Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9180
dc.description.abstract Pendidikan merupakan salah satu pengukur kepada pembangunan sumber manusia dan ia juga merupakan pemangkin utama dalam peningkatan dan pembinaan modal insan ke arah melahirkan buruh sama ada buruh mahir atau pun buruh kurang mahir. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan taraf pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi di Negeri Terengganu. Maka dengan itu, objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk melihat kepada faktor pembolehubah yang mempengaruhi tahap pendidikan di kalangan individu. Selain itu, kajian juga melihat hubungan perbezaan tahap pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas iaitu kajian oleh Roki lwahashi (2006), mendapati bahawa kewujudan pelbagai peringkat pendidikan telah memberi kesan ke atas pembangunan ekonomi dan sekali gus memberi maklum balas terhadap pendidikan pada masa hadapan. Manakala kajian yang dilakukan oleh Sholeh A. Maani dan Guyonne Kalb (2005), menunjukkan pendapatan keluarga boleh mempengaruhi tahap pendidikan seseorang individu. Justeru itu, menerusi kajian ini, beberapa kaedah digunakan dengan mengambil kira penggunaan data primer bagi 100 orang responden di Negeri Terengganu. Kaedah statistik tel ah digunakan iaitu melalui pengujian nilai-p (p-value) dengan aras keertian (a) yang mana pengujian ini dilakukan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah menggunakan pakej SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi pembolehubah pendapatan keluarga, perbezaan lokasi dan jantina. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu. Kesimpulannya, pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap pendidikan di kalangan individu. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mohd Khairul Azahar Awang en_US
dc.subject LP 35 FPE 2 2008 en_US
dc.title Perbezaan taraf pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi di Negeri Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account