| dc.description.abstract |
Modal manusia merupakan faktor utama kepada penjanaan ekonomi sesebuah negara.
Pengukuran hubungan modal manusia dengan peningkatan produktiviti adalah sesuatu
yang rumit kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembangunan modal
manusia. Berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD), tingkat kualiti modal manusia bagi sesebuah
negara boleh diukur dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu pendekatan
pengukuran tingkat pencapaian pendidikan, kemahiran golongan dewasa dan nilai
agregat stok modal manusia. Namun, di Malaysia, pengukuran stok modal adalah
mengikut pendekatan yang digunakan oleh Bank Dunia iaitu hanya lebih melihat kepada
tingkat pencapaian pendidikan sebagai proksi kepada stok modal manusia. Menurut
Adler dan Ostrove, (1999); Link dan Phelan, (1995) menyatakan bahawa sememangnya
terdapat hubungan positif yang kuat antara status sosioekonomi dan kesihatan.
Peningkatan dalam pembangunan kesihatan Uangka hayat) dapat menunjukkan
pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Manakala kajian oleh Debenedictis L.F.
(1997) mendapati bahawa wujud hubungan sehala antara buruh dan Keluaran Negara
Benar (KNB). |
en_US |