Abstract:
Peranan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang utama dalam menjana
pertumbuhan ekonomi menunjukkan transformasi aktiviti ekonomi negara daripada
sektor pertanian kepada sektor pembuatan dan kini sektor perkhidmatan. Sektor ini
dilaporkan akan terus kekal sebagai penyumbang utama kepada pendapatan negara
dengan sub sektor kewangan merupakan penyumbang terbesar kepada sektor
perkhidmatan sebanyak 7.1 %. Sehubungan itu, objektif khusus kajian ini adalah untuk
mengkaji sejauh mana sumbangan sektor kewangan terhadap sektor-sektor lain dan
menganalisis limpahan sektor kewangan terhadap sektor-sektor lain dengan
menggunakan analisis hubungan ke belakang dan hubungan ke hadapan. Objektif
ketiga adalah untuk mengenalpasti pengganda sektor kewangan terhadap KDNK
Malaysia dengan menggunakan analisis pengganda. Hasil kajian analisis Input-Output
membuktikan bahawa sektor kewangan telah memberi sumbangan yang besar kepada
pertumbuhan KDNK negara. Oleh itu, kerajaan perlu lebih memberi perhatian kepada
sektor kewangan kerana sumbangannya kepada KDNK negara dan terhadap sektor
sektor lain.