Abstract:
Polychaetes merupakan orgamsma mann yang memainkan peranan penting dalam
penilaian kualiti alam sekitar dan juga sebagai makanan hidup dalam industri akuakultur.
Kajian ini adalah untuk mengetahui ultrastruktur pada polychaetes seperti parapodia,
setae dan juga prostomium yang digunakan dalam mengenalpasti spesies dan diketahui
berkait rapat terhadap penyesuaiannya dengan persekitaran. Mikroskop Elektron
Pengimbas (SEM) digunakan untuk memerhatikan ciri-ciri diagnostik pada polychaetes
yang dijumpai di kawasan rumput laut Sungai Pulai. Kawasan ini telah digazetkan
sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan kepada ekosistem dalam
Konvensyen RAMSAR. Polychaetes yang mempunyai saiz yang pelbagai antara famili
memerlukan kaedah pengawetan dan penyediaan yang berbeza untuk membolehkan
spesimen dilihat dengan sempurna. Oleh itu beberapa pengubahsuaian telah dilakukan
daripada kaedah piawai untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Segala maklumat
yang diperoleh telah disimpan di dalam pengkalan data yang dibina khusus untuk
polychaetes dengan menggunakan perisisan Filemaker Pro. Strategi pertama dalam Dasar
Kepelbagaian Biologi Kebangsaan adalah meningkatkan asas pengetahuan saintifik iaitu
dengan mengkaji dan mendokumenkan kepelbagaian biologi di Malaysia. Antara pelan
tindakan bagi strategi diatas adalah menghasilkan pengkalan data kepelbagaian biologi
dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan. Kajian seumpama ini merupakan suatu
aset kerana masalah penyimpanan data secara konvensional suatu ketika dahulu telah
dapat diatasi.