Abstract:
Kajian ini bertujuan menganalisis impak perdagangan terbuka terhadap keluaran
sektor pembuatan melalui sumbangan keluaran sektor pembuatan kepada KDNK,
sumbangan eksport sektor pembuatan kepada eksport kasar Malaysia dan keluaran
sektor pembuatan hasil dari perdagangan terbuka. Kajian ini juga membincangkan
masalah yang dihadapi dan langkah kerajaan dalam meningkatkan prestasi sektor
pembuatan supaya dapat bersaing dalam pasaran global. Data yang digunakan
adalah 30 tahun dari tahun 1976 hingga 2005. Data tersebut diperoleh daripada
Laporan Tahunan Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara
Malaysia. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa perdagangan terbuka
memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan keluaran sektor pembuatan.
Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk meningkatkan lagi
prestasi sektor pembuatan yang menjadi penyumbang terpenting kepada
perkembangan ekonomi negara.