Abstract:
Kertas projek ini mengkaji nilai kepentingan ekonomi dalam menambah baik
perkhidmatan bekalan air kepada penduduk di negeri Pahang. Penilaian bagi
perkhidmatan alam sekitar di peringkat penduduk tempatan secara perbandingannya
adalah kurang dikaji dalam kajian penyelidikan untuk perkhidmatan alam sekitar.
Berdasarkan jumlah penduduk, bekalan air yang disalurkan di Negeri Pahang ini telah
menurun mengikut peredaran masa, kesan daripada keutamaan untuk memenuhi
keperluan pembangunan perindustrian. Oleh kerana kegunaan utama air ialah untuk
penggunaan domestik maka Contingent Valuation Method (CVM) telah digunakan untuk
menentukan nilai permintaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air. Hasil
kajian mendapati bahawa penduduk mempunyai kesanggupan untuk membayar RM4.03
sebulan sebagai caj tambahan dalam bil air bulanan mereka. Justeru itu, pihak-pihak
yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang efektif berdasarkan
kepada keperluan utama penduduk yang jelas inginkan pengurusan bekalan air yang
lebih berkualiti.