Abstract:
Kenaikan harga minyak dunia yang berterusan sejak pertengahan tahun 2004
mengakibatkan kenaikan harga barangan lain secara langsung serta menjadi
bebanan kepada pengguna. Tingkat harga minyak ini dikawal oleh negara OPEC
melalui penawaran kuantiti minyak mentah dunia. Kajian ini bertujuan untuk
menganalisis kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK). Kajian juga cuba mengenalpasti corak kenaikan harga minyak dunia
bagi tempoh 18 tahun bermula dari tahun 1987 sehingga 2005. Beberapa
pembolehubah digunakan bagi menjalankan kajian ini iaitu harga minyak dunia,
KDNK Malaysia, eksport , import, pengeluaran minyak mentah Malaysia serta indeks
harga pengguna. Bagi melihat tren yang wujud dalam data siri masa, pengkaji
menggunakan kaedah regresi berbilang dan ujian punca unit bagi menentukan
kepegunan data siri masa tersebut. Ujian kointegrasi serta ujian penyebab Granger
pula digunakan bagi mengkaji kewujudan hubungan jangka panjang dan jangka
pendek antara pembolehubah yang digunakan. Dapatan kajian membuktikan
wujudnya hubungan jangka panjang dan pendek antara pembolehubah. Hasil yang
lebih baik mungkin dapat diperolehi sekiranya data yang digunakan adalah dalam
tempoh masa yang lebih panjang.