| dc.description.abstract |
Sektor pertanian merupakan sektor ketiga penting yang menyumbang kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Walaupun pertumbuhannya agak kecil, namun
kepentingannya tidak dapat dinafikan dalam menggalak pertumbuhan ekonomi negara
terutamanya dalam sektor industri asas tani yang menjadi fokus kerajaan dalam
membangunkan sektor pertanian pada masa depan. Apa yang dilihat kerajaan, sektor ini
bukan sahaja menjadi pengeluar makanan negara, tetapi juga mempunyai cabaran yang
besar terutama dalam industri asas tani yang memberikan banyak ruang kepada industri
kecil dan sederhana (IKS) terutama dalam industri pemprosesan makanan dan aktiviti
nilai tambah di negara ini untuk berkembang maju. Oleh itu, kajian ini cuba melihat
sejauhmana isu, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian pada masa
kini walaupun sumbangannya mampu meningkatkan jumlah pendapatan negara. Bagi
membuktikan objektif berkenaan, beberapa hipotesis telah dibentuk dan diuji
menggunakan data tahunan berbentuk siri masa. Kaedah Ko- lntegrasi, Ujian Punca
Unit dan Ujian Ko-lntegrasi Berbilang Pembolehubah Johansen telah diaplikasi dalam
kajian. lni bagi membuktikan setiap pembolehubah- pembolehubah yang dipilih adalah
berhubungan di antara satu sama lain. |
en_US |