Abstract:
Pengurusan sisa kumbahan merupakan satu isu penting bagi penduduk di Pulau Redang.
Sejak kebelakangan ini, banyak berita mengenai kemusnahan dan kerosakan terumbu karang
telah berlaku di Pulau Redang. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ini
adalah sistem pengurusan kumbahan yang tidak cekap di Pulau Redang. Maka, kajian ini
telah dijalankan bagi melihat ciri keutamaan masyarakat dalam memilih sistem pengurusan
sisa kumbahan yang lebih baik dan menggunakan kaedah model pilihan (CM) untuk
menganggarkan kesanggupan membayar (WTP) bagi mendapatkan perkhidmatan pengurusan
sisa kumbahan. Dengan menjalankan soal selidik iaitu dengan memberi peluang kepada
penduduk untuk memilih komponen bagi sistem pengurusan sisa kumbahan, kos bagi setiap
ciri perkhidmatan sisa kumbahan dapat diukur. Hasil penganggaran menunjukkan bahawa
terdapat hubungan timbal balas di antara WTP bagi pilihan yang diberi dengan setiap ciri
yang menjadi keutamaan.