| dc.description.abstract |
Pertumbuhan ekonomi di dalam Negara yang begitu pesat telah menyebabkan
permintaan air meningkat daripada pelbagai sektor. Natijahnya, permintaan air yang
meningkat menyebabkan kos penyelenggaraan bekalan air bersih turut meningkat
sekaligus tarif air pun meningkat. Terengganu menerima kesan yang berat ekoran
masalah ini di mana pertambahan penduduk yang semakin meningkat dan pembangunan
negeri yang pesat telah menjana kepada permintaan air yang tinggi sekaligus
menambahkan kos rawatan air. Perkara ini telah menjadi beban kepada penduduk di
Terengganu khususnya penduduk yang menggunakan Perkhidmatan Bekalan Air
Terengganu (SA TU). Selain itu, bebanan turut ditanggung oleh Syarikat Air Terengganu
(SA TU) untuk merangka dan mengotimakan belanjawan keselamatan keseluruhan di
Terengganu. Keutamaan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana kesanggupan
membayar pengguna (WTP) untuk mendapatkan bekalan air bersih di samping mengkaji
impak peningkatan tarif air terhadap pengguna khususnya golongan yang berpendapatan
rendah. Dalam kajian ini juga, dapat menilai matlamat utama Syarikat Air Terengganu
(SA TU) adakah menjaga kebajikan pengguna atau memaksimakan keuntungan. Analisis
utama yang digunakan adalah menggunakan kaedah SPSS. |
en_US |