Abstract:
Tahun Melawat Malaysia 2007 merupakan peluang untuk memperkukuhkan semula
dan menguatkan industri pelancongan di Malaysia. la adalah pemangkin bagi
mendorong industri pelancongan dengan tahap yang menggalakkan dalam sasaran
kedatangan pelancong dan mempertingkatkan kedudukan dan persepsi Malaysia
sebagai destinasi pelancongan. Tiga negara yang paling tinggi dalam pasaran
pelancongan dengan kedatangan pelancong paling ramai ialah Singapura (9,656,251
pelancong), Thailand (1,891,921 pelancong), dan Indonesia (1,217,024 pelancong).
Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan pengukur utama bagi kedatangan pelancong
Singapura ke Malaysia ditentukan oleh indeks harga pengguna (IHP) Malaysia. Oleh
itu, kajian ini melihat tindak balas siri masa bagi dua pemboleh ubah penting dalam
faktor statistik pelancongan iaitu IHP dan bilangan kehadiran pelancong Singapura ke
Malaysia dalam tempoh satu dekad (I 995 hingga 2005), dan juga menganalisis
kepegunan dan tidak pegun data siri masa ini dengan adanya penguj ian seperti uj ian
punca unit dan punca unit bermusim terlebih dahulu untuk penganggaran, pemilihan
model, dan peramalan. Model Autoregresif Bergerak Purata (ARMA) dan Model
Autoregresif lntegrasi Bergerak Purata (ARIMA) digunakan untuk menganggar
tempoh masa yang lebih bagi kehadiran pelancong Singapura ke Malaysia. Keputusan
analisis menunjukkan pemboleh ubah IHP adalah signifikan dengan kehadiran
pelancong Singapura ke Malaysia. Akhir kajian turut dinyatakan strategi-strategi yang
perlu dilakukan untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia.