Abstract:
Kajian yang dibuat adalah menjurus kepada kajian perdagangan di Malaysia dan
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Kajian
juga dibuat bagi 26 tahun iaitu dari 1980 hingga 2005 dan sepanjang 26 tahun ini
apakah perkara-perkara yang berlaku yang menyebabkan perubahan dalam
perdagangan antarabangsa terutamanya dari aspek kadar tukaran asing. Antara
perkara utama yang kerap dibincangkan adalah krisis mata wang yang berlaku
pada Julai 1997, dengan itu, kajian melihat dengan lebih khusus kesan krisis ini
kepada elemen perdagangan dan perubahan yang berlaku dalam perdagangan
antarabangsa sepanjang tempoh pemulihan ekonomi negara. Pembolehubah
lain yang dipilih untuk menggambarkan perubahan dalam perdagangan
antarabangsa selain dari kadar tukaran asing adalah amaun tariff yang
dikenakan terhadap import dan eksport negara, pertumbuhan ekonomi dan juga
jumlah penduduk Malaysia. Data yang digunakan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS dan diregres dengan menggunakan kaedah OLS
bagi melihat kesannya kepada perdagangan antarabangsa. Antara keempat
empat pembolehubah ini, didapati dua daripadanya memberi kesan yang
signifikan kepada kajian iaitu amaun tariff dan jumlah penduduk manakala
selebihnya didapati tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap
perdagangan antarabangsa Malaysia. Selanjutnya, beberapa cadangan
diberikan sebagai usaha meningkatkan perdagangan antarabangsa pada masa
akan datang.