| dc.description.abstract |
Kebanyakan pelajar prasiswazah memerlukan sejumlah wang semasa mereka
berada di universiti. Jadi, mereka perlu mendapatkan sumber kewangan dari
pinjaman pelajaran, bekerja sambilan, meminta wang dari ibu bapa, meminjam
dari rakan-rakan dan sebagainya. Dengan pendidikan yang baik dalam
pengurusan kewangan, pelajar prasiswazah dapat mengurangkan masalah
kewangan. Umumnya mereka mempelajari sesuatu kemahiran daripada ibu
bapa dan guru-guru semasa mereka kecil. Bagaimanapun ibu bapa tidak
begitu menitik beratkan pendidikan kewangan, seperti belanjawan dan
tabungan semasa mereka tinggal bersama. Sebaliknya, pelajar terpaksa
mempelajari sendiri bagaimana untuk menguruskan kewangan apabila
memasuki universiti. Kajian ini akan mengkaji sumber kewangan pelajar
prasiswazah dan implikasinya terhadap pendidikan pengguna. Seramai 277
pelajar prasiswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terlibat dalam
kajian ini. Responden ditanya apakah bentuk pendidikan kewangan yang
diminati dan sesuai untuk ditawarkan kepada mereka. Kajian ini mendapati
pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam menguruskan sumber kewangan
mereka yang terhad kerana kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan.
lmplikasi keatas keputusan kajian pendidikan kewangan pengguna telah
dibincangkan dan peluang untuk kajian akan datang telah disediakan |
en_US |