Abstract:
Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah
organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu
yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan
penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan.
Peluang yang diberikan kepada pelath dalam menjalankan Latihan lndustri di
Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) digunakan sepenuhnya untuk
mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang penjualan
dan pemasaran di Hotel Pontian. Di sini pelatih dapat mengaplikasikan
matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi
pekerjaan yang sebenar. Banyak input berguna yang dapat dipelajari melalui
perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta
penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi.
Penglibatan pelatih dalam aktiviti promosi yang dijalankan mengajar pelatih
kehidupan sebenar alam pekerjaan dan komitmen yang perlu untuk berhadapan
dengan orang ramai. Sepanjang menjalani Latihan lndustri di Calinta Maju Sdn.
Bhd. di bahagian Jualan dan Pemasaran, pelatih dapat mengenalpasti beberapa
masalah yang terdapat dalam operasi bahagian tersebut. Masalah ini dapat
dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama.
Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam bahagian jualan dan
pentadbiran adalah masalah dalam sistem sebut harga pakej pelanggan di Hotel
Pontian. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah masalah Guest
Laundry dan masalah ketiga adalah masalah pengurusan kad kredit. Menyedari
permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan
agar pihak Calinta Maju Sdn Bhd mengaplikasikannya dan semoga cadangan
yang diberikan dapat memajukan lagi industri pelancongan dan perhotelan di
Malaysia. Latihan lndustri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan
pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan
kompetitif di samping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah
syarikat.