DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) Johor Darul Tak'zim

Show simple item record

dc.contributor.author Syahida Nordin
dc.date.accessioned 2018-07-18T02:42:11Z
dc.date.available 2018-07-18T02:42:11Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9287
dc.description.abstract Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelath dalam menjalankan Latihan lndustri di Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang penjualan dan pemasaran di Hotel Pontian. Di sini pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Penglibatan pelatih dalam aktiviti promosi yang dijalankan mengajar pelatih kehidupan sebenar alam pekerjaan dan komitmen yang perlu untuk berhadapan dengan orang ramai. Sepanjang menjalani Latihan lndustri di Calinta Maju Sdn. Bhd. di bahagian Jualan dan Pemasaran, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi bahagian tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam bahagian jualan dan pentadbiran adalah masalah dalam sistem sebut harga pakej pelanggan di Hotel Pontian. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah masalah Guest Laundry dan masalah ketiga adalah masalah pengurusan kad kredit. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak Calinta Maju Sdn Bhd mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi industri pelancongan dan perhotelan di Malaysia. Latihan lndustri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif di samping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 37 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Syahida Nordin en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Calinta Maju Sdn. Bhd. (Hotel Pontian) Johor Darul Tak'zim en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account