DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Kings Hotel Melaka

Show simple item record

dc.contributor.author Subaasini Sanasapadu
dc.date.accessioned 2018-07-18T02:43:24Z
dc.date.available 2018-07-18T02:43:24Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9288
dc.description.abstract Sebagai pelajar dibawah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Fakulti Pengurusan clan Ekonomi telah diwajibkan menjalani Latihan Industri selama 3 bulan dan pelatih telah memilih organisasi Kings Hotel Melaka sebagai tempat untuk menjalani Latihan Industri tersebut. Kings Hotel merupakan sebuah hotel yang menawarkan bilik penginapan, kafeteria dan penggunaan dewan dengan pelbagai tujuan Ianya sebuah hotel yang lebih mengutamakan kepuasan pelanggan. Secara keseluruhan, Kings Hotel ,merupakan sebuah hotel yang berdaya saing dan berprestij dari segi mutu dan kualiti perkhimatan. Oleh yang demikian, selama tiga bulan menjalani Latihan Industri di organisasi tersebut, pelatih telah diberi tunjukajar dan peluang untuk menjadi seorang pekerja yang melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawab dengan cekap clan dedikasi. Sepanjang menjalani Latihan Industri, pelatih telah didedahkan kepada banyak aspek pekerjaan dengan harapan dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan lebih efisyen dan produktif. Setiap teguran atas kesilapan yang dilakukan dijadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran serta pengalaman. Daripada tugasan yang dilakukan , pelatih telah mendapat pelbagai maklumat dan belajar perkara yang baru. Semasa menjalani Latihan Industri, pelatih telah melihat beberapa sistem sedia ada yang terdapat dalam organisasi ini. Antara sistem sedia ada yang adalah Sistem Tempahan dan Penginapan Berkumpulan, Sistem Promosi dan Sistem Majlis Tempahan. Pelatih telah mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi pada setiap sistem sediaada walaupun ianya telah digunakan sejak awal penubuhan organisasi. Pelatih telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang berkemungkinan dapat membantu mengurangkan ataupun menyelesaikan masalah yang timbul. Pelatih juga menyatakan implikasi kepada cadangan penyelesaian yang diberikan. Diharap cadangan penyelesaian tersebut dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah pada sistem sediaada tersebut supaya segala pengurusan dapat berjalan dengan lebih lancar dan dapat meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 36 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Subaasini Sanasapadu en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Kings Hotel Melaka en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account