Abstract:
Latihan lndustri yang diwajibkan oleh pihak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) merupakan
salah satu pendekatan yang baik dan merupakan satu permulaan kepada
pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang sebenar selepas pelatih
bergraduat. Tempoh latihan selama 12 minggu bermula pada 16 April 2007
sehingga 6 Julai 2007 sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda pelatih
terhadap situasi pekerjaan yang sebenarnya. Sepanjang tempoh tersebut,
pelatih telah ditempatkan di Syarikat Virtual Softnet Solutions Sdn. Bhd.
Pelbagai pengalaman yang berharga dapat diperolehi yang mana tidak dapat
digantikan dengan wang ringgit. lni adalah kerana banyak pendedahan yang
telah diperolehi dengan diiringi kata-kata nasihat yang amat berguna dalam
menjalani latihan tersebut. Secara tidak langsung juga pelatih dapat
mempelajari banyak perkara baru yang tidak mungkin diperolehi dalam
pembelajaran lisan tanpa adanya peluang mempraktikkannya. lni kerana
kemahiran yang diperolehi semasa Latihan lndustri adalah gambaran sebenar
dalam alam pekerjaan yang penuh mencabar. Sebagai sebuah syarikat yang
memerlukan banyak proses dengan pelanggan, kemahiran berkomunikasi
dengan pelanggan adalah kemahiran yang sangat dititikberatkan dalam
kejayaan syarikat. Di sini, pelatih menjadikan peluang tersebut sebagai batu
lonjatan kepada pelatih untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan
orang ramai. Sehubungan dengan itu, segala masalah yang diutarakan dalam
laporan ini diharapkan tidak menyinggung mana-mana pihak yang terlibat. lni
kerana bukanlah niat untuk mencungkil permasalahan yang berlaku dalam
organisasi tetapi ianya adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pelatih
dapat memahami bidang yang berkaitan dengan pembelajaran kini