DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Virtual Sofnet Solutions Sdn. Bhd. Seri Manjung, Perak

Show simple item record

dc.contributor.author Siti Shahida Sabran
dc.date.accessioned 2018-07-18T02:43:50Z
dc.date.available 2018-07-18T02:43:50Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9291
dc.description.abstract Latihan lndustri yang diwajibkan oleh pihak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) merupakan salah satu pendekatan yang baik dan merupakan satu permulaan kepada pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang sebenar selepas pelatih bergraduat. Tempoh latihan selama 12 minggu bermula pada 16 April 2007 sehingga 6 Julai 2007 sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda pelatih terhadap situasi pekerjaan yang sebenarnya. Sepanjang tempoh tersebut, pelatih telah ditempatkan di Syarikat Virtual Softnet Solutions Sdn. Bhd. Pelbagai pengalaman yang berharga dapat diperolehi yang mana tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. lni adalah kerana banyak pendedahan yang telah diperolehi dengan diiringi kata-kata nasihat yang amat berguna dalam menjalani latihan tersebut. Secara tidak langsung juga pelatih dapat mempelajari banyak perkara baru yang tidak mungkin diperolehi dalam pembelajaran lisan tanpa adanya peluang mempraktikkannya. lni kerana kemahiran yang diperolehi semasa Latihan lndustri adalah gambaran sebenar dalam alam pekerjaan yang penuh mencabar. Sebagai sebuah syarikat yang memerlukan banyak proses dengan pelanggan, kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan adalah kemahiran yang sangat dititikberatkan dalam kejayaan syarikat. Di sini, pelatih menjadikan peluang tersebut sebagai batu lonjatan kepada pelatih untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai. Sehubungan dengan itu, segala masalah yang diutarakan dalam laporan ini diharapkan tidak menyinggung mana-mana pihak yang terlibat. lni kerana bukanlah niat untuk mencungkil permasalahan yang berlaku dalam organisasi tetapi ianya adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pelatih dapat memahami bidang yang berkaitan dengan pembelajaran kini en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 35 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Siti Shahida Sabran en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Virtual Sofnet Solutions Sdn. Bhd. Seri Manjung, Perak en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account