| dc.description.abstract |
Sepanjang Latihan industri merupakan salah satu kursus teras di dalam
program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), pelatih akan ditempatkan di
organisasi atau syarikat selama 12 minggu bagi memastikan pelatih mendapat
pendedahan tentang alam pekerjaan dan juga pengetahuan seperti mana yang
dikehendaki oleh pihak universiti dalam melahirkan graduan yang berkemahiran,
berpengetahuan dan berpengalaman. Latihan industri telah membenarkan
pelatih untuk mempelajari apa yang tidak terdapat di dalam bilik kuliah, ini
bermakna pembelajaran yang telah diperolehi oleh pelatih lebih kepada praktikal
dan pengalaman selain pengetahuan dan juga mengaplikasi teori yang telah
dipelajari selama ini. Selama 3 bulan menjalani latihan industri pelatih telah
ditempatkan di Bank Pertanian Malaysia di Cawangan Seberang Perak yang
mana merupakan sebuah Bank yang menawarkan perkhidmatan mereka
kepada para petani yang diperlukan di Felcra Changkat Lada Seberang Perak,
Perak. Sepanjang menjalani latihan industri pelatih telah ditempatkan di dua
jabatan utama iaitu unit kredit dan pentadbiran dan juga unit kewangan. Selain
itu, pelatih juga diberikan peluang untuk mempelajari cara-cara menguruskan
kerja berteraskan perkhidmatan pinjaman dan juga cara untuk menguruskan
kewangan Bank Pertanian Malaysia. Melalui laporan ini, pelatih telah
mengenalpasti 3 sistem yang terdapat di Bank Pertanian Malaysia. Pelatih juga
turut menganalisa beberapa permasalahan yang terdapat dalam sistem ini dan
penyelesaian yang telah dicadangkan oleh pelatih sendiri. Sesungguhnya
penyelesaian dan masalah yang terdapat dalam laporan ini adalah masalah
yang pelatih kenalpasti dan beberapa pengamatan tentang masalah yang
berlaku. Diharapkan laporan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca
sekaligus meningkatkan ilmu bersama. |
en_US |