Abstract:
Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan Industri di sesebuah organisasi
sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga.
Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung
dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih
dalam menjalankan Latihan Industri di Akademi Pelancongan Melaka telah digunakan
sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang
pentadbiran, pemasaran dan perhotelan. Pelatih dapat mengaplikasikan teori yang telah
dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar secara praktikal.
Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak
pengurusan dan kakitangan dari pelbagai unit dan sektor serta penglibatan sebenar
pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di
Akademi Pelancongan Melaka, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang
terdapat dalam operasi syarikat tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian
yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dapat
dikenalpasti adalah masalah dalam pengurusan penjadualan bagi pekerja yang semakin
berkurangan, kekurangan peserta yang menyertai KLPM, dan masalah dalam
meletakkan harga bagi tempahan majlis yang tidak terdapat dalam sebut harga.
Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan
agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat
memajukan lagi syarikat tersebut. Latihan Industri amat diperlukan bagi meningkatkan
kemahiran dan pengalaman bagi menj adikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing
dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah
syarikat. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelatih untuk lebih bersedia untuk
menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.