DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Akademi Pelancongan Melaka Sdn. Bhd

Show simple item record

dc.contributor.author Siti Anissah Ahmad
dc.date.accessioned 2018-07-18T02:59:01Z
dc.date.available 2018-07-18T02:59:01Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9337
dc.description.abstract Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan Industri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan Latihan Industri di Akademi Pelancongan Melaka telah digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang pentadbiran, pemasaran dan perhotelan. Pelatih dapat mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar secara praktikal. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan dari pelbagai unit dan sektor serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di Akademi Pelancongan Melaka, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti adalah masalah dalam pengurusan penjadualan bagi pekerja yang semakin berkurangan, kekurangan peserta yang menyertai KLPM, dan masalah dalam meletakkan harga bagi tempahan majlis yang tidak terdapat dalam sebut harga. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi syarikat tersebut. Latihan Industri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menj adikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelatih untuk lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 33 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Siti Anissah Ahmad en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Akademi Pelancongan Melaka Sdn. Bhd en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account