Abstract:
Pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menetapkan bahawa
syarat untuk melayakkan seseorang pelajar Program ljazah Sarjana Muda
Pengurusan (Pemasaran) bergraduat adalah wajib bagi mereka untuk
menjalani Latihan lndustri selama dua belas minggu di mana-mana
organisasi kerajaan mahupun swasta. Latihan lndustri ini merupakan kursus
teras penting yang wajib dalam Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan
(Pemasaran) dan program lain di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Amnya,
Latihan lndustri ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar
untuk menempuh alam pekerjaan sebenar kelak. Selain itu, pe1ajar juga
dapat mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di dalam kuliah dan
dapat menguji sejauhmana kualiti ilmu pengetahuan yang dimiliki. Di
samping itu, pelajar juga dapat menimba sebanyak mungkin kemahiran dan
pengalaman baru yang dapat dijadikan sebagai bekalan memasuki medan
pekerjaan akan datang dan di dalam kehidupan seharian. Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO), Cawangan Kuala Kangsar telah menjadi
tempat pelajar menjalani Latihan lndustri selama dua betas minggu bermula
16 April sehingga 6 Julai 2007. Organisasi ini dianggotai oleh sembilan belas
ahli termasuk pegawai eksekutif kontrak dan kerani sambilan. PERKESO
merupakan sebuah badan berkanun yang berperanan untuk melaksana,
mentadbir, dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. PERKESO
mentadbir dua jenis skim iaitu, Skim lnsurans Bencana Pekerjaan dan Skim
Pencen llat. Skim ini memberi per1indungan kepada pekerja terhadap
kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan
semasa perjalanan, keilatan dan kematian. PERKESO mewajibkan pekerja
dan majikan mencarum demi memberi perlindungan dan kesejahteraan
kepada pekerja dan tanggungan mereka serta menguruskan skim
keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi pekerja yang
mencarum bagi kemalangan-kemalangan yang diluar jangkaan. lanya
bertujuan untuk menjamin pembayaran faedah kepada semua pekerja dan
keluarganya. PERKESO juga menyediakan pekhidmatan yang cepat,
berkualiti serta cekap pada kos yang ekonomik dengan menggunakan
teknologi serta pengurusan sumber manusia. Sepanjang menjalani Latihan
lndustri pelajar didedahkan dengan pelbagai proses kerja yang terlibat di
PERKESO. Pelajar juga telah ditempatkan di bahagian Faedah kerana
terlalu banyak tugas yang memerlukan bantuan pelajar praktikum.
Dibahagian ini, pelajar diajar bagaimana menguruskan tugas berkaitan
tuntutan faedah, pembayaran eek, berkomunikasi dengan Orang Berinsurans
dan majikan dan sebagainya. Pelajar juga dikehendaki mengesan sistem
sedia ada serta masalah yang dihadapi. Berdasarkan apa yang telah
dipelajari, pelajar dikehendaki mencadangkan kaedah yang sesuai untuk
mengatasi masalah tersebut. Diharapkan organisasi dapat memberi ruang
masa untuk menilai segala cadangan yang diusulkan melalui laporan ini
untuk kepentingan organisasi memantapkan lagi pengurusan kerja sedia
ada.