Abstract:
Sebagai pelajar dibawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran),
Fakulti Pengurusan dan Ekonorni (FPE) telah diwajibkan menjalani Latihan Industri
selama tiga bulan iaitu bermula pada 16 April sehinnga 6 Julai 2007 dan pelatih telah
memilih organisasi Lembaga Tabung Haji Daerah Kota Tinggi, Johor sebagai tempat
untuk menjalani Latihan Industri tersebut. Sejarah Lembaga Tabung Haji Daerah Kota
Tinggi telah di bina pada 1 Disember 1982. Oleh kerana kedudukannya yang tidak
strategik dan sukar untuk dikunjungi orang ramai maka ia telah dipindahkan ke
bangunan baru pada 15 Mac 1992 yang terletak di Pusat Bandar dan berhampiran
dengan Jalan Utama perhentian bas dan teksi. TH Kota Tinggi ini merupakan sebuah
organisasi yang telah lama beroperasi dan telah menunjukkan kejayaannya dalam
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengunjung yang datang
berurusan. Oleh yang demikian, selama tiga bulan menjalani Latihan Industri di
organisasi terbabit, pelatih telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang
peketja yang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Sepanjang menjalani Latihan Industri ini, pelatih juga didedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang diberikan dapat di lakukan dengan efisien dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering di lakukan adalah pelatih akan di beri taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab yang harus di laksanakan disetiap unit bahagian. Pelatih di beri kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas yang di pertanggungjawabkan seperti mana para pekerja yang lain. Daripada tugas yang di lakukan, pelatih telah mendapat pelbagai kemahiran serta maklumat dan pandangan yang berkaitan samada daripada anggota Tabung Haji mahupun para pendeposit yang datang untuk berurusan. Semasa menjalani Latihan Industri, pelatih telah mengesan beberapa sistem sedia ada yang terdapat dalam organisasi. Antaranya di Unit Pemasaran, terdapat satu sistem yang digunakan untuk menarik lebih ramai pendeposit baru iaitu sistem kempen promosi kaunter bergerak TH. Selain itu, pelatih juga dapat mengenalpasti lagi dua sistem yang digunakan iaitu sistem potongan gaji majikan di Unit Kewangan serta sistem pemeriksaan kesihatan jemaah haji di dalam Unit Urusan Haji. Pelatih juga telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam penyel esaian masalah-masalah yang timbul, bagi meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan organisasi dan juga supaya pengurusan di dalam organisasi dapat betjalan dengan lancar. Ini akan mewujudkan sebuah organisasi yang lebih dinarnik serta sistematik.