Abstract:
Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah diwajibkan menjalani latihan
industri selama tiga bulan iaitu bermula pada 16 April sehingga 6 Julai 2007
dan pelatih telah memilih organisasi Bank Pertanian Malaysia cawangan
Selama, Perak Darul Ridzuan sebagai tempat untuk menjalani Latihan
lndustri tersebut. Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama merupakan
organisasi yang telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 9/69 pada 1
September 1969 dan mula beroperasi pada tahun 1970. Sebagai sebuah
badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian, Bank Pertanian Malaysia
bertanggungjawab untuk mengatur, memberi, menyelia, dan melaraskan
bantuan kredit bagi maksud-maksud pertanian dalam Malaysia. Bank ini
merupakan sebuah organisasi yang mampu dan telah menunjukkan
kejayaannya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para
pelanggan yang berurusan dengan bank tersebut. Oleh yang demikian,
selama tiga bulan menjalani latihan industri di organisasi tersebut, pelatih
telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja yang
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi.
Menerusi Latihan lndustri ini, pelatih didedahkan kepada beberapa
pendekatan supaya segala tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan
cekap dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering dilakukan adalah
pelatih akan diberi taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab yang harus
dilaksanakan di setiap bahagian. Pelatih diberi kepercayaan dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan seperti mana para
pekerja yang lain. Daripada tugas yang dilakukan, pelatih telah mendapat
pelbagai kemahiran serta maklumat dan pandangan yang berkaitan samada
daripada kakitangan pekerja Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama
mahupun para pelanggan Bank Pertanian Malaysia sendiri.
Semasa tempoh menjalani latihan industri, pelatih telah mengesan beberapa
sistem sedia ada yang terdapat dalam organisasi. Antaranya di bahagian
pentadbiran terdapat satu sistem yang digunakan untuk pengurusan surat
menyurat iaitu Sistem Pendaftaran Surat Masuk I Keluar. Selain itu, pelatih
juga dapat mengenalpasti dua sistem yang digunakan oleh Bank Pertanian
Malaysia cawangan Selama iaitu Sistem Pemprosesan Pinjaman Modal
Usahawan Tani (Musn dan Sistem Pengendalian Mesin ATM. Pelatih juga
telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana akan dapat
digunakan oleh pihak pengurusan dalam penyelesaian masalah-masalah
yang timbul. lni akan meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan
organisasi dan juga supaya pengurusan di dalam organisasi dapat berjalan
dengan lancar. lni akan mewujudkan sebuah organisasi yang lebih dinamik
serta sistematik.