DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Bank Pertanian Malaysia Cawangan Selama, Perak Darul Ridzuan

Show simple item record

dc.contributor.author Rafida Shaharuddin
dc.date.accessioned 2018-07-18T03:00:31Z
dc.date.available 2018-07-18T03:00:31Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9345
dc.description.abstract Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah diwajibkan menjalani latihan industri selama tiga bulan iaitu bermula pada 16 April sehingga 6 Julai 2007 dan pelatih telah memilih organisasi Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama, Perak Darul Ridzuan sebagai tempat untuk menjalani Latihan lndustri tersebut. Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama merupakan organisasi yang telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 9/69 pada 1 September 1969 dan mula beroperasi pada tahun 1970. Sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian, Bank Pertanian Malaysia bertanggungjawab untuk mengatur, memberi, menyelia, dan melaraskan bantuan kredit bagi maksud-maksud pertanian dalam Malaysia. Bank ini merupakan sebuah organisasi yang mampu dan telah menunjukkan kejayaannya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang berurusan dengan bank tersebut. Oleh yang demikian, selama tiga bulan menjalani latihan industri di organisasi tersebut, pelatih telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja yang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Menerusi Latihan lndustri ini, pelatih didedahkan kepada beberapa pendekatan supaya segala tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering dilakukan adalah pelatih akan diberi taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan di setiap bahagian. Pelatih diberi kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan seperti mana para pekerja yang lain. Daripada tugas yang dilakukan, pelatih telah mendapat pelbagai kemahiran serta maklumat dan pandangan yang berkaitan samada daripada kakitangan pekerja Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama mahupun para pelanggan Bank Pertanian Malaysia sendiri. Semasa tempoh menjalani latihan industri, pelatih telah mengesan beberapa sistem sedia ada yang terdapat dalam organisasi. Antaranya di bahagian pentadbiran terdapat satu sistem yang digunakan untuk pengurusan surat menyurat iaitu Sistem Pendaftaran Surat Masuk I Keluar. Selain itu, pelatih juga dapat mengenalpasti dua sistem yang digunakan oleh Bank Pertanian Malaysia cawangan Selama iaitu Sistem Pemprosesan Pinjaman Modal Usahawan Tani (Musn dan Sistem Pengendalian Mesin ATM. Pelatih juga telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul. lni akan meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan organisasi dan juga supaya pengurusan di dalam organisasi dapat berjalan dengan lancar. lni akan mewujudkan sebuah organisasi yang lebih dinamik serta sistematik. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 28 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Rafida Shaharuddin en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Bank Pertanian Malaysia Cawangan Selama, Perak Darul Ridzuan en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account