Abstract:
Pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menetapkan bahawa
syarat untuk melayakkan seseorang pelajar Program ljazah Sa~ana Muda
Pengurusan (Pemasaran) bergraduat adalah wajib bagi mereka untuk menjalani
Latihan lndustri selama dua belas minggu di mana-mana organisasi kerajaan
mahupun swasta. Latihan lndustri ini merupakan kursus teras penting yang wajib
dalam Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dan program lain
di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Amnya, Latihan lndustri ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menempuh alam peke~aan sebenar kelak. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di dalam kuliah dan dapat menguji sejauhmana kualiti ilmu pengetahuan yang dimiliki. Di samping itu, pelajar juga dapat menimba sebanyak mungkin kemahiran dan pengalaman baru yang dapat dijadikan sebagai bekalan memasuki medan pekerjaan akan datang dan di dalam kehidupan seharian.