Abstract:
Sebagai pelajar program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi (FPE) telah di wajibkan menjalani Latihan lndustri
selama tiga bulan dan pelatih telah memilih organisasi Telekom Malaysia
Berhad (TM) merupakan sebuah organisasi gergasi di Malaysia di mana
perkhidmatannya mendapat tempat dan sambutan oleh pelanggan dan juga
menjadi keutamaan dalam pemilihan rangkaian telekomunikasi di Malaysia.
Selain itu, Telekom juga banyak beroperasi di luar Negara. Telekom Malaysia
mempunyai banyak anak syarikat di bawah naungannya selama ia beroperasi
sehingga kini. Matlamat utama adalah untuk memberi kepuasan dan keselesaan
kepada pengguna dalam menggunakan perkhidmatannya.
Oleh yang demikian selama tiga bulan menjalani latihan industri di organisasi ini
pelatih telah di beri tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang pekerja dalam
melaksanakan tugas yang di pertanggungjawab denganpenuh dedikasi. Tujuan
latihan industri di wajibkan ke atas pelatih adalah bertujuan untuk memberikan
pendedahan tentang keadaan sebenar yang berlaku didalam alam pekerjaan,
mengenalpasti akan cara, perancangan dan strategi- strategi yang dijalankan
oleh sesebuah organisasi dan juga masalah yang di hadapi oleh syarikat
Telekom Malaysia sepanjang tugas dan aktiviti yang di lakukan.
Sepanjang menjalani latihan industri ini, pelatih juga di dedahkan kepada
beberapa pendekatan supaya segala tugas yang di berikan dapat dilakukan
dengan cekap dan berkesan. Salah satu pendekatan yang sering di lakukan
adalah pelatih akan di beri taklimat mengenai tangungjawab dan tugas setiap
unit di dalam Jabatan Retail, Telekom Kedah Perlis. Pelatih di beri kepercayaan
dalam melaksanakan tugas- tugas yang di beri dan daripada tugas yang di
jalankan, pelatih mendapat pelbagai maklumat dan pandangan yang berkaitan
samada daripada kakitangan Telekom mahupun pelanggan. Pendedahan yang
di berikan kepada pelatih adalah di mana melalui tugas dan aktiviti yang di
lakukan di unit Corporate Multinational and Government (CMG). Semasa
menjalankan latihan industri, pelatih telah mengenalpasti beberapa sistem sedia
ada yang di gunakanan oleh kakitangan unit CMG. Antara system yang di
gunakan adalah sistem pemasangan telefon, sistem mendapatkan projek baru
dan sistem aduan pelanggan