| dc.description.abstract |
Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di
sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan
sesuatu pengalaman yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar
melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas
yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam
menjalankan Latihan lndustri di M.S Garden Hotel digunakan sepenuhnya untuk
mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang
pemasaran dan pentadbiran. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran
yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang
sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui
perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta
penglibatan pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa
menjalani Latihan lndustri di M.S Garden Hotel., pelatih dapat mengenalpasti
beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut. Masalah ini
dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang
lama. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti dalam Jabatan Pentadbiran
ialah masalah pendaftaran keahlian "sports club" yang mengambil masa dan
merumitkan sehingga ada pelanggan yang bersungut semasa hendak
mendaftar. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti dalam Jabatan Jualan dan
Pemasaran ialah masalah dari segi mendapatkan tempahan samada bilik
penginapan, dewan mahupun bilik mesyuarat. Kebanyakan pelanggan yang
sudah membuat tempahan sering membatalkan tempahan mereka oleh sebab
yang tidak dapat dielakkan mahupun kerana kelewatan menerima sebut harga
yang diminta. Masalah ketiga adalah masalah di Jabatan Pentadbiran dimana
system pengiraan program insentif pelanggan yang mengambil masa untuk
disiapkan. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan
pandangan dan cadangan agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga
cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi syarikat. Latihan lndustri amat
diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan
seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif disamping dapat
memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. |
en_US |