Abstract:
Latihan lndustri (LI) merupakan satu komponen kursus penting dalam program
pengajian di Fakulti Penggurusan dan Ekonomi (FPE). Melalui Latihan lndustri
pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai teori dan
pengajaran yang selama ini hanya dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja. Pelatih
telah didedahkan dengan pelbagai situasi dari segi aspek kemahiran asas
mengenai profesionalisme peke~aan di mana ianya berkaitan dengan program
pengajian yang sedang pelatih jalani di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Selama lebih kurang tiga bulan menjalani latihan, pelatih telah ditempatkan di
Sahagian Peasaran di Musaini Auto Sdn Shd. Sahagian Pemasaran merupakan
salah satu jentera dan pengerak kepada Kumpulan Syarikat Sri MS yang
berusaha untuk merealisasikan matlamat syarikat untuk menjadi pengedar
automotif yang terulung di Malaysia. Di Musaini Auto Sdn Shd, pelatih telah
mempelajari teknik-teknik promosi dan turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan
promosi serta berkesempatan mencurahkan idea bagi meningkatkan jualan dan
mencapai sasaran jualan yang dikehendaki. Selain itu, pelatih juga berpeluang
mendalami kaedah-kaedah yang digunakan untuk melancarkan operasi servis
kenderaan yang lebih mengutamakan kepuasan pelanggan. Pelatih juga telah
diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan promosi semasa ketiadaan
penyelia dan diberi kepercayaan membuat satu sampel soalan kaji selidik bagi
mengetahui tahap kepuasan pelanggan di pusat servis