Abstract:
Sebagai pelajar dibawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran),
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi telah diwajibkan menjalani Latihan lndustri
selama tiga bulan dan pelatih telah memilih organisasi Malaysian Truck & Bus
Sdn. Bhd. Sebagai tempat untuk menjalani Latihan lndustri tersebut. Malaysian
Truck & Bus Sdn.Bhd. merupakan sebuah organisasi yang terlibat dalam
industri pengilangan dan pemasangan kenderaan penumpang dan kenderaan
komersil. Ia juga merupakan satu-satunya pengeluar trak nasional Malaysia
yang pertama iaitu HICOM Perkasa. Syarikat ini mementingkan kualiti terhadap
setiap produk yang dihasilkan melalui gunatenaga kerja yang mahir. Sepanjang
menjalani Latihan industri ini, pelatih juga di dedahkan kepada beberapa
pendekatan supaya segala tugas yang di berikan dapat dilakukan dengan cekap
dan tepat. Salah satu pendekatan yang sering dilakukan adalah pelatih akan
diberi taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab setiap jabatan. Pelatih diberi
kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Daripada tugas
yang dijalankan, pelatih telah mendapat pelbagai maklumat dan pandangan
yang berkaitan daripada pekerja MTB itu sendiri. Semasa menjalankan Latihan
lndustri, pelatih telah melihat beberapa sistem sedia ada yang sedia ada dalam
organisasi tersebut. Kesemua sistem tersebut terdapat di Jabatan Pemasan.
Antara sistem yang pelatih lihat ialah Sistem Pemeriksaan SIRIM, Sistem
Penyediaan Dokumen HICOM Perkasa dan Sistem Penghantaran Tool Set.
Pelatih mengenalpasti bahawa terdapat beberapa kekurangan yang kadangkadang
timbul dalam organisasi yang berkaitan dengan penggunaan sistem
sedia ada yang telah diguna pakai oleh pihak pengurusan. Pelatih juga telah
memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang mana ia mungkin dapat
digunakan bagi menyelesaikan masalah yang timbul bagi meningkatkan lagi
corak sistem pengurusan di dalam organisasi dan juga supaya pengurusan
berjalan dengan lebih lancar bagi mewujudkan sebuah pengurusan yang lebih
lancar bagi mewujudkan sebuah pengurusan yang lebih dinamik dan sistematik.