Abstract:
Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan
(Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi adalah diwajibkan
menjalani latihan industri selama 12 minggu. Bagi setiap pelajar, peluang
untuk menjalani latihan industri di sesebuah organisasi sama ada agensi
awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga.
Sepanjang latihan industri ini juga, pelbagai pendekatan telah dipraktikkan
agar segala tugasan yang diberikan dapat dilakukan dengan cekap dan
berkesan. Penyelia industri menempatkan pelatih di Sahagian Pemasaran
Dan Komunikasi Korporat. Dengan itu pelatih dapat memahami dengan
lebih mendalam mengenai Sistem Pemasaran yang dijalankan malah
diberi penekanan dalam urusan Promosi Perkhidmatan Syarikat. Pelatih
dapat mengaplikasikan bidang pengajian kepada bidang pekerjaan
terutama cara bagaimana untuk berhadapan dan berinteraksi dengan
pelanggan, mempromosikan perkhidmatan, menyesuaikan diri dan
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Pelajar berpeluang
untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung
dengan aktiviti dan tugas dan peluang yang diberikan kepada pelatih
dalam menjalankan latihan industri di Kuantan Port Consortium Sdn Bhd
ini. Tugas yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk mengetahui serta
memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang operasi dan
perkhidmatan. Pelatih dapat mengaplikasikan mata pelajaran yang telah
dipelajari dan menyesuaikan dengan situasi pekerjaan yang sebenar.
Banyak input-input yang berguna yang dapat dipelajari melalui
perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan KPC serta
penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi.
Semasa menjalani latihan industri di KPC, pelatih dapat mengenalpasti
beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut.
Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam
jangka masa yang lama. Menyedari permasalahan tersebut, pelajar sedia
memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat
mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat
memajukan lagi syarikat tersebut. Latihan industri amat diperlukan bagi
meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang
mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetetif di samping dapat
memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat.