| dc.description.abstract |
Latihan lndustri merupakan kursus yang telah diwajibkan oleh Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi kepada semua pelajar Sarjana Muda Pengurusan
Pemasaran. Latihan lndustri banyak memberi manfaat dan ia amat berguna
kepada pelatih kerana melalui latihan yang dijalankan ini dapat memberikan
gambaran yang sebenar kepada kita tentang alam pekerjaan yang akan
ditempuhi suatu hari nanti. Semasa di Universiti, kita hanya mempelajari
teorinya sahaja dan di dalam latihan ini, kita mempraktikkan segala ilmu yang
dipelajari dengan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Tujuan latihan
industri ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan yang berkaitan dengan
suasana kerja dan menimba pengalaman bekerja di agensi-agensi kerajaan
mahupun di swasta. Selain itu, pelatih juga turut didedahkan dengan aktitiviaktiviti
yang lebih menekankan aspek fizikal dan kemahiran berfikir mengenai
tugas yang diberikan dan ini dapat mewujudkan jaringan peluang kerjaya pada
suatu masa nanti. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi
semasa berada di PPK Puteri Saadong adalah tidak sama dengan segala apa
yang dipelajari di peringkat Universiti. Pengalaman yang berharga inilah yang
akan menjadi panduan kepada pelatih untuk terus mengorak langkah ke
hadapan. Sepanjang tempoh 12 minggu menjalankan latihan industri ini, sedikit
sebanyak pelatih dapat memahami sistem-sistem kerja yang digunakan oleh
organisasi untuk aktiviti seharian mereka. Antara sistem kerja yang ditemui ialah
Sistem Proses Pendaftaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP),
Sistem Permohonan Kredit, dan Sistem Belian Barangan Input Pertanian.
Namun, terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang telah dikenalpasti
sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kelancaran sesuatu sistem
kerja. Masalah-masalah ini mungkin dianggap remeh, namun ia akan menjadi
masalah besar dalam jangka masa panjang. Beberapa cadangan membina
cuba diusulkan oleh pelatih bagi mengatasi masalah dan kelemahan tersebut.
Diharap pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong akan
mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah diusulkan. Semoga PPK
Puteri Saadong akan menjadi sebuah organisasi yang terunggul selaras dengan
matlamat yang diwacanakan. |
en_US |