Abstract:
Latihan lndustri adalah salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan dan
memberikan pengetahuan serta peluang yang sangat berguna kepada para
pelatih tentang sesuatu yang akan menjadi realiti dan akan mereka tempuhi iaitu
alam pekerjaan. Tindakan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang
mana menjadikan latihan industri sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib
diambil adalah tindakan yang sangat tepat dan berguna. Latihan lndustri juga
mampu memberikan pengalaman dan manfaat yang sangat berguna sebelum
menempuh alam peke~aan. Walaupun ia hanya mengambil masa lebih kurang
tiga bulan, namun pelbagai maklumat dapat diperolehi melalui latihan dan
peke~aan yang telah didedahkan. Selama tiga bulan, pelatih mempunyai
banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn. Bhd. (PROTON). Di PROTON, terdapat banyak pengetahuan
dan maklumat yang telah didedahkan kepada pelatih sepanjang pe~alanan
latihan industri. Bagi setiap pelatih, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri
di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan
sesuatu yang amat berharga. Pelatih berpeluang untuk belajar melalui
pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang
akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan
Latihan lndustri di PROTON digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan
memahami operasi organisasi khususnya dalam bidang pengurusan dan
perkhidmatan. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah
dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi peke~aan yang sebenar.
Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan
pihak pengurusan dan kakitangan dari pelbagai unit dan sektor serta
penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi.