Abstract:
Latihan lndustri merupakan salah satu kursus teras di dalam program Sarjana
Muda Pengurusan (Pemasaran). Pelatih akan ditempatkan di organisasi selama
12 minggu bagi memastikan pelatih mendapat pendedahan tentang alam
pekerjaan dan juga pengetahuan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak
universiti dalam melahirkan graduan yang mahir, berpengetahuan serta
berpengalaman. Latihan lndustri telah membenarkan pelatih untuk mempelajari
apa yang tidak terdapat dalam bilik kuliah, ini bermakna pembelajaran yang
telah diperolehi oleh pelatih lebih kepada praktikal dan pengalaman selain
pengetahuan dan juga pengaplikasian teori yang telah dipelajari selama ini.
Sepanjang 3 bulan menjalani latihan industri, pelatih telah ditempatkan di Unit
Pentadbiran Dan Kewangan Pejabat Daerah Dan Tanah Maran iaitu sebuah
organisasi yang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam di daerah
Maran. Melalui laporan ini, pelatih mengenalpasti sistem yang terdapat di
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran serta menganalisa permasalahan yang ada
pada sistem ini dan memberikan cadangan penyelesaian yang juga merupakan
idea pelatih sendiri. Sesungguhnya penyelesaian dan masalah yang terdapat
dalam laporan ini adalah masalah yang dikenalpasti oleh pelatih sepanjang
pemerhatian. Diharapkan laporan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca
sekaligus meningkatkan ilmu bersama