Abstract:
Latihan lndustri (PGN 4992) adalah sebahagian daripada silibus dan merupakan
satu syarat bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) untuk menjalani
latihan industri dalam proses untuk bergelar graduan. Latihan lndustri adalah
sesuai untuk pelatih sebelum bergraduat kerana pelatih dapat menimba ilmu dan
pengalaman yang tidak diperolehi di bilik kuliah. Latihan lndustri juga dapat
memberi pendedahan kepada pelatih terhadap suasana kerja yang sebenar. Di
samping itu pelatih dapat mempratikkan dan mengaplikasikan teori yang
dipelajari di dalam bilik kuliah semasa menjalani latihan. Latihan lndustri juga
memberi peluang kepada pelatih untuk memperbaiki skil interpersonal dan
mengumpul pengalaman untuk digunakan di masa akan datang. Sepanjang 12
minggu menjalani Latihan lndustri, pelatih telah ditempatkan di sebuah syarikat
telekomunikasi yang terkenal di Malaysia iaitu Telekom Malaysia Berhad. Melalui
latihan yang diberi oleh pihak syarikat, pelatih telah menemui beberapa sistem
yang perlu diberi perhatian dan tindakan. Setelah mengenalpasti beberapa
sistem yang terdapat dalam syarikat, pelatih membuat keputusan untuk
menekankan kepada tiga sistem iaitu Sistem Pemasangan Telefon, Sistem
Pemasangan Internet dan Sistem Penyimpanan Fail (Filling). Pelatih telah
banyak memperoleh ilmu dan pengalaman ketika diberi peluang untuk
membantu melaksanakan sistem tersebut. Pelatih telah mengenal pasti
permasalahan yang terdapat pada setiap sistem tersebut. Selain itu pelatih juga
menyertakan punca dan kesan dari permasalahan tersebut terhadap syarikat.
Pelatih telah mencadangkan beberapa langkah untuk penyelesaian masalah
yang terdapat dalam sistem dan seterusnya membincangkan implikasi dari
cadangan tadi. Harapan pelatih agar apa yang pelatih ingin sampaikan sedikit
sebanyak dapat memberi manfaat kepada syarikat khususnya.