DSpace Repository

Laporan akhir latihan industri di Telekom Malaysia Berhad Cawangan Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Show simple item record

dc.contributor.author Muhammad Syahmi Burhanuddin
dc.date.accessioned 2018-07-26T02:34:36Z
dc.date.available 2018-07-26T02:34:36Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9399
dc.description.abstract Latihan lndustri (PGN 4992) adalah sebahagian daripada silibus dan merupakan satu syarat bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) untuk menjalani latihan industri dalam proses untuk bergelar graduan. Latihan lndustri adalah sesuai untuk pelatih sebelum bergraduat kerana pelatih dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak diperolehi di bilik kuliah. Latihan lndustri juga dapat memberi pendedahan kepada pelatih terhadap suasana kerja yang sebenar. Di samping itu pelatih dapat mempratikkan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah semasa menjalani latihan. Latihan lndustri juga memberi peluang kepada pelatih untuk memperbaiki skil interpersonal dan mengumpul pengalaman untuk digunakan di masa akan datang. Sepanjang 12 minggu menjalani Latihan lndustri, pelatih telah ditempatkan di sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia iaitu Telekom Malaysia Berhad. Melalui latihan yang diberi oleh pihak syarikat, pelatih telah menemui beberapa sistem yang perlu diberi perhatian dan tindakan. Setelah mengenalpasti beberapa sistem yang terdapat dalam syarikat, pelatih membuat keputusan untuk menekankan kepada tiga sistem iaitu Sistem Pemasangan Telefon, Sistem Pemasangan Internet dan Sistem Penyimpanan Fail (Filling). Pelatih telah banyak memperoleh ilmu dan pengalaman ketika diberi peluang untuk membantu melaksanakan sistem tersebut. Pelatih telah mengenal pasti permasalahan yang terdapat pada setiap sistem tersebut. Selain itu pelatih juga menyertakan punca dan kesan dari permasalahan tersebut terhadap syarikat. Pelatih telah mencadangkan beberapa langkah untuk penyelesaian masalah yang terdapat dalam sistem dan seterusnya membincangkan implikasi dari cadangan tadi. Harapan pelatih agar apa yang pelatih ingin sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada syarikat khususnya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LI 16 FPE 2 2007 en_US
dc.subject Muhammad Syahmi Burhanuddin en_US
dc.title Laporan akhir latihan industri di Telekom Malaysia Berhad Cawangan Ipoh, Perak Darul Ridzuan en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account