Abstract:
Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan Industri di sesebuah organisasi
sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu pengalaman yang amat
berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara
langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada
pelatih dalam menjalankan Latihan Industri di Majlis Daerah Lipis (MDL) digunakan
sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi organisasi khususnya di dalam
kemahiran pengurusan pejabat dan dokumentasi. Pelatih dapat mengaplikasikan
matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang
sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan
pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan pelatih dengan tugas dan
aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di Majlis Daerah Lipis
(MDL), pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi
organisasi tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci
dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti dalam Sistem
Permohonan Lesen Pemiagaan. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah dari segi
Sistem Pengambilan Pekerja. Masalah ketiga adalah masalah Sistem Pembelian Barang
Baru. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan
cadangan agar pihak organisasi mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang
diberikan dapat memajukan lagi organisasi. Latihan Industri amat diperlukan bagi
meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih
berdaya saing dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada
sesebuah syarikat.