| dc.description.abstract |
Latihan lndustri ( LI ) merupakan satu komponen kursus yang sangat
penting didalam program pengajian di FPE kerana ia membantu pelajar
bersedia dalam menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar nanti. Melalui
latihan ini, pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai
teori dan pengajaran yang selama ini hanya dipelajari dafam kufiah sematamata.
Apa yang dipelajari di dalam bilik kuliah telah dapat dipelajari dan
dilihat melalui reality dunia pekerjaan. Selain itu, latihan industri turut
mendedahkan pelatih mengenai gambaran dan situasi sebenar alam
pekerjaan yang bakal ditempuhi. Pelatih telah didedahkan dengan pelbagai
situasi di samping pendedahan dalam aspek kemahiran asas mengenai
profesionalisme pekerjaan yang ianya berkaitan dalam pengajian pelatih
pada masa ini. Serpanjang tiga bulan menjalani LI, pelatih telah ditempatkan
di Musaini Auto Sdn Bhd di mana syarikat ini mempunyai perniagaan yang
berteraskan pengedaran kereta yang berkualiti tinggi.Syarikat ini telah
ditubuhkan pada pertengahan April 1979. dan kini beroperasi di Jalan Batas
Baru, Kuala Terengganu. Sepanjang berada di Musaini Auto Sdn Bhd,
pelatih telah ditempatkan di dua bahagian iaitu insurans dan servis. Pelatih
telah diberi selok-belok perniagaan di dalam industri penjualan dan
memberikan khidmat servis kereta di samping diberi pendedahan mengenai
cara-cara berkomunikasi dengan pelanggan, cara mengambil aduan
pelanggan, cara mengambil gambar untuk kenderaan yang bermasalah,
cara-cara mengisi boring untuk tujuan waranti dan banyak lagi kemahiran
interpersonal yang diperolehi. Pelatih juga berpeluang untuk mempelajari
sekurang-kurangnya tiga system yang terdapat dalam syarikat berkenaan.
Tiga sistem yang dimaksudkan ialah Sistem Penghantaran Kenderaan,
Sistem Pembaharuan lnsurans dan Sistem Aliran Operasi. Pelatih telah
melakukan beberapa analisis dan mendapati terdapat beberapa maslah
sebenar disamping potensi untuk mendapat masalah yang wujud dalam
system berkenaan. Justeru, melalui laporan ini, pelatih turut menyenaraikan
beberapa cadangan penyelesaian masalah yang timbul bagi mengatasi
masalah tersebut. lngin dijelaskan disini, tidak semua masalah yang
diutarakan merujuk kepada masalah yang sebenar, namun ada
sebahagiannya lahir dari buah fikiran pelatih sendiri. Secara
keseluruhannya, pelatih berharap agar laporan ini dapat memberikan
manfaat dan faedah keda semua pihak yang membacanya |
en_US |