| dc.description.abstract |
Laporan Akhir Latihan lndustri ini menjelaskan pengetahuan yang diperolehi
pelatih melalui pemerhatian, pemahaman, penyesuaian dan penelitian dalam
Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok. PPK Merbok ditubuhkan pada 17
Januari 1977 dengan keluasan 236 KM persegi meliputi dua buah daerah iaitu
Daerah Kuala Muda (Mukim Merbok, Mukim Semeling dan Mukim Bujang) dan
Daerah Yan (Mukim Singkir dan Mukim Yan Luar MADA). Keahlian PPK ialah
seramai 3141 orang yang dibahagikan kepada 27 buah unit peladang. Aktiviti
pertanian utama di PPK Merbok adalah penanaman padi. lni kerana
keseluruhan tanaman padi dianggarkan melebihi 2000 hektar yang
menggambarkan kepentingan industri tanaman padi di kawasan ini. Selain itu,
PPK Merbok juga menjalankan aktiviti-aktiviti lain bagi memajukan industri
pertanian dalam meningkatkan taraf hidup para petani. Laporan Akhir Latihan
lndustri ini terbahagi kepada tiga bab. Bab yang pertama mengandungi latar
belakang pertubuhan, aktiviti-aktiviti dalam pertubuhan dan kemahiran yang
dipelajari oleh pelatih. Bab kedua merupakan laporan yang menyentuh
berkaitan sistem kerja yang dilaksanakan, pengenalpastian masalah dan
cadangan penyelesaian serta implikasi ke atas cadangan yang dikemukakan
oleh pelatih. Manakala bab ketiga ialah rumusan dari laporan akhir yang dibuat
dan cadangan kepada Latihan lndustri. Pelatih telah mengenalpasti tiga jenis
sistem kerja iaitu Sistem Proses Pesanan dan Penerimaan Baja Padi,
Pengurusan Projek Perniagaan Input Pertanian dan Pengurusan Kredit. |
en_US |