| dc.description.abstract |
Perniagaan Khazali Perabot adalah sebuah firma yang menjalankan
operasi perniagaan berasaskan pembuatan kayu yang merangkumi
pembuatan kabinet dapur, kelengkapan perabot pejabat sehingga ke
kelengkapan perabot bilik tidur. Perniagaan ini telah memulakan operasinya
pada tahun 1985. Lokasi yang menempatkan pejabat dan kilang adalah di
No. 57, Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam, 06910 Yan, Kedah Darul
Aman. Pemilihan lokasi di Kampung Kabu 10 memang strategik
memandangkan kawasan tersebut berada di tengah-tengah jalan utama
untuk ke pusat bandar. Kampung tersebut menjadi laluan utama bagi
sesiapa yang ingin mendapatkan jalan alternatif lain ke pusat bandar. Oleh
itu, papan tanda pemiagaan senang dilihat oleh sesiapa sahaja. Secara
umumnya di Perniagaan Khazali Perabot terdapat 2 bahagian utama yang
memainkan peranan penting dalam penghasilan perabot siap serta dapat
memenuhi kehendak pelanggan. Dua bahagian yang dimaksudkan ialah
Sahagian Pengurusan dan Sahagian Perkilangan. Di dalam setiap bahagian
terdapat beberapa sistem kerja yang digunapakai untuk memastikan urusan
kerja harian dapat berjalan dengan lancar. Perbezaan setiap sistem kerja ini
dapat dijelaskan melalui aktiviti yang dilakukannya untuk memastikan
penghasilan perabot siap tepat pada masanya. Selama 12 minggu pelatih
berada di Syarikat Pemiagaan Khazali Perabot, pelatih dapat mengenalpasti
tiga sistem iaitu Sistem Pengeluaran Produk, Sistem Pembayaran Gaji
Pekerja dan Sistem Pembentukan Produk Siap. Pelatih telah meletakkan
huraian sistem di dalam Bab Dua di dalam laporan Latihan lndustri ini.
Terdapat tiga bab di dalam laporan Latihan lndustri ini. Bab Satu
menerangkan mengenai pengenalan terhadap syarikat manakala Bab Tiga
merupakan penutup serta kesimpulan terhadap Latihan lndustri. Pelatih lebih
menekankan Bab Dua kerana di bahagian tersebut terdapat cadangan dan
kajian yang perlu pelatih lakukan. Secara keseluruhannya, pelatih berharap
hasil daripada penemuan yang dijalankan oleh pelatih terhadap sistem kerja
di Syarikat Perniagaan Khazali Perabot dan cadangan yang diberikan akan
dapat membentu pihak pengurusan menyelesaikan masalah yang timbul dan
menjalani sistem kerja yang lebih efektif. |
en_US |