Abstract:
Latihan lndustri (PGN 4992) adalah sebahagian daripada silibus dan
merupakan satu syarat bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
untuk menjalani latihan industri dalam proses untuk bergelar graduan.
Latihan lndustri adalah sesuai untuk pelatih sebelum bergraduat kerana
pelatih dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak diperolehi di bilik
kuliah. Latihan lndustri juga dapat memberi pendedahan kepada pelatih
terhadap suasana kerja yang sebenar. Di samping itu pelatih dapat
mempratikkan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah
semasa menjalani latihan. Latihan lndustri juga memberi peluang kepada
pelatih untuk memperbaiki skil interpersonal dan mengumpul pengalaman
untuk digunakan di masa akan datang. Sepanjang 12 minggu menjalani
Latihan lndustri, pelatih telah ditempatkan di sebuah hotel yang beroperasi di
Kota Bharu, Kelantan iaitu HOTEL RENAISSANCE KOTA BHARU. Melalui
latihan yang diberi oleh pihak syarikat, pelatih telah menemui beberapa
sistem yang perlu diberi perhatian dan tindakan. Setelah mengenalpasti
beberapa sistem yang terdapat dalam syarikat, pelatih membuat keputusan
untuk menekankan kepada tiga sistem iaitu Sistem Membuat Sebut Harga
( Quotation ), Sistem Permohonan Cuti, dan Sistem Pengambilan Pekerja
Baru. Pelatih telah banyak memperoleh ilmu dan pengalaman ketika diberi
peluang untuk membantu melaksanakan sistem tersebut. Pelatih telah
mengenal pasti permasalahan yang terdapat pada setiap sistem tersebut.
Selain itu pelatih juga menyertakan punca dan kesan dari permasalahan
tersebut terhadap syarikat. Pelatih telah mencadangkan beberapa langkah
untuk penyelesaian masalah yang terdapat dalam sistem dan seterusnya
membincangkan implikasi dari cadangan tadi. Harapan pelatih agar apa yang
pelatih ingin sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada
syarikat khususnya.