| dc.description.abstract |
latihan lndustri adalah salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan dan
memberikan pengetahuan serta peluang yang sangat berguna kepada para
pelatih tentang sesuatu yang akan menjadi realiti dan akan mereka tempuhi iaitu
alam pekerjaan. Tindakan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang
mana menjadikan latihan industri sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib
diambil adalah tindakan yang sangat tepat dan berguna. Latihan lndustri juga
mampu memberikan pengalaman dan manfaat yang sangat berguna sebelum
menempuh alam pekerjaan. Walaupun ia hanya mengambil masa lebih kurang
tiga bulan, namun pelbagai maklumat dapat diperolehi melalui latihan dan
pekerjaan yang telah didedahkan. Selama tiga bulan, pelatih mempunyai
banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Pejabat T anah Dan
Jajahan Kuala Krai (PT JKK), terdapat banyak pengetahuan dan maklumat yang
telah didedahkan kepada pelatih sepanjang perjalanan latihan industri. Pejabat
T anah Dan Jajahan Kuala Krai (PT JKK) adalah sebuah organisasi kerajaan
yang agak besar yang terletak di Guchil, Kuala Krai, Negeri Kelantan. Pada
masa tiga bulan melakukan latihan industri, pelatih telah ditempatkan di
Sahagian Pembangunan iaitu pengurusan mengenai hal-hal berkaitan
pembangunan seperti Projek Di Raja dan sebagainya. Selain itu, pelatih juga
didedahkan dengan segala urusan perancangan dan pentadbiran serta
menjalankan aktiviti yang merangkumi program-program yang besar seperti
mesyuarat-mesyuarat penting dan lain-lain lagi. Selama menjalankan latihan
industri di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, terdapat beberapa sistem
yang wujud iaitu sistem gadaian, sistem pindah milik tanah dan sistem
memohon cuti rehat. Dalam sistem tersebut, terdapat juga beberapa masalah
yang timbul. Pelatih juga telah memasukkan segala cadangan dan penyelesaian
di dalam laporan latihan industri ini yang mana cadangan dan penyelesaian
tersebut adalah datangnya dari idea pelatih sendiri. Oleh yang demikian, usaha
yang gigih dan berterusan mampu menjadikan sesebuah organisasi atau firma
setaraf dengan organisasi-organisasi lain yang lebih terk:emuka dan seiring
dengan perkembangan teknalagi. |
en_US |