| dc.description.abstract |
Secara keseluruhannya laporan akhir praktikum ini, menerangkan segala
aspek pengalaman secara langsung dan tidak langsung yang telah dilalui oleh
pelatih di organisasi praktikum iaitu di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sepanjang tempoh latihan praktikum ini pelbagai pengalaman telah dilalui sama
ada pahit dan manis dalam mendapat pendedahan yang amat bemilai bagi seorang
bakal kaunselor. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi selama menjalani
latihan praktikum ini sudah pasti amat berharga bagi pelatih yang bakal
berhadapan dengan situasi sebenar di alam profesionalisme kaunseling.
Sepanjang latihan ini pelatih telah didedahkan dengan situasi sebenar
seorang kaunselor di organisasi ini dengan menjalankan perkhidmatan kaunseling
yang merangkumi sesi kaunseling individu dan kelompok yang menjadi core
business di organisasi. Selain itu, pelatih juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti
bimbingan lain seperti ceramah, seminar, pengujian psikologi dan aktiviti-aktiviti
luar politeknik untuk para pelajar dan masyarakat. Pelatih juga tidak hanya
berfokus kepada sesi kaunseling semata-mata tetapi juga turut didedahkan kepada
pengurusan program. Pengurusan ini amat penting bagi memantapkan lagi skill
dari aspek pengendalian dan pelaksanaan program. Selain itu juga dalam tempoh
hampir enam bulan latihan praktikum di politeknik ini, pengaplikasian teori,
kemahiran dan pendekatan kaunseling telah banyak dipraktikan dalam menolong
para pelajar. Pelatih juga turut mengenal pasti masalah yang timbul di Politeknik
Seberang Perai seperti permasalahan berkaitan dengan pelajar dan juga pentadbiran
dan pengurusan. Pelatih juga turut mengambil inisiatif dan cadangan bagi
mengatasi permasalahan tersebut. |
en_US |