Abstract:
Laporan praktikum ini menerangkan tentang semua aspek pengalaman dan pembelajaran
pelatih di Pusat Serenti Karangan, Kedah. Sepanjang tempoh praktikum pelbagai input
yang berguna yang dapat dimanfaatkan oleh pelatih. Peranan pelatih sepanjang tempoh
praktikum ini adalah menjalankan perkhidmatan kaunseling iaitu kaunseling individu,
kaunseling kelompok, kaunseling keluarga dan juga kelompok bimbingan. Disamping itu
juga pelatih turut melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dirancang oleh organisasi. Selama
tempoh praktikum ini juga, pelatih turut berpeluang untuk mempelajari aspek pengurusan
dan pentadbiran organisasi. Disini, pelatih dapat melihat permasalahan yang wujud di
dalam organisasi yang boleh menyebabkan kurangnya keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran organisasi. Sehubungan dengan itu, pelatih telah mencadangkan beberapa
alternatif bagi menyelesaikan permasalahan tersebut berdasarkan perspektif pelatih
sendiri. Walaubagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa dalam tempoh praktikum
pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang banyak membantu perkembangan
intelektual pelatih. Dengan adanya latihan seperti ini boleh membantu pelatih sebagai
mahasisiwi universiti untuk mempraktikan kemahiran yang telah dipelajari sekaligus
mendapat pengalaman dalam menempuhi alam pekerjaan kelak.