Abstract:
Dalam dunia perindustrian globalisasi masa kini, Malaysia telah membuka satu lagi
peluang kepada pengusaha dan pengeluar makanan khususnya produk makanan halal
untuk berkecimpung dan bersaing bagi menempatkan diri di pasaran tempatan dan juga
pasaran antrabangsa. Permintaan yang tinggi oleh negara-negara Islam dan penduduk
Islam terutamanya yang mempunyai kesedaran untuk menggunakan produk halal telah
meningkatkan lagi permintaannya. Sebagai sebuah negara Islam yang telah dipercayai
dan diiktiraf produk halalnya oleh dunia melalui Tatacara Pensijilan Malaysia dan
Standard Halal MS 1500:2004, Malaysia telah mengambil peluang untuk menjadi
pengeluar produk halal seterusnya bersaing dalam pasaran tersebut. Oleh itu, kertas kerja
ini ingin membincangkan tahap kecekapan serta potensi produk halal untuk dibangunkan
oleh umat Islam khususnya di Terengganu yang mana ianya banyak melibatkan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS). Berdasarkan kajian lepas oleh Mohd Ali Mohd Noor, 2005,
beliau menggunakan pendekatan Kaedah Penyampulan Data (DEA) bagi melihat
kecekapan firm.a IKS dalam penggunaan input serta dalam menghasilkan outputnya.
Keputusan menunjukkan hanya 12.6% firma adalah berkecekapan tinggi dan 87.4% perlu
membuat beberapa perubahan agar boleh berdayasaing di pasaran. Justeru itu, kajian
yang dijalankan adalah melibatkan 17 buah finna halal yang mana setiap finna akan
dilihat sama ada penggunaan input serta pengeluaran outputnya berada pada tahap yang
cekap atau tidak cekap dengan menggunakan Analisis Skor Kecekapan dan juga Analisisi
Unjuran Kecekapan. Berdasarkan Analisis Skor Kecekapan mendapati bahawa hanya 7
fima yang berada pada tahap yang cekap dan berdasarkan Analisis Unjuran Kecekapan
pula ianya menunjukkan bahawa terdapat 8 firm.a yang cekap dalam penggunaan input
serta penghasilan outputnya. Ini menunjukkan bahawa firma halal di Terengganu masih
berada pada tahap yang tidak cekap dan kurang berpotensi untuk dimajukan oleh umat
Islam di negeri ini. Walaubagaimanapun, berdasarkan permintaan, ianya masih
berpotensi untuk dimajukan sekiranya kelemahan yang ada dapat diatasi.