| dc.description.abstract |
Objektif utama kertas kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis mobiliti
modal asing terhadap tiga negara ASEAN. Tiga negara yang terlibat dalam kajian ini
adalah Malaysia, Thailand dan Singapura. Di samping itu, kajian ini menganalisis
mobiliti modal asing terhadap ketiga-tiga buah negara ini dengan menggunakan empat
pemboleh ubah bebas yang mempunyai pembezaan yang ketara iaitu, Keluaran Dalam
Negara Kasar, guna tenaga, krisis kewangan pada tahun 1997 dan serangan penyakit
SARS di Asia. Data siri masa selama 30 tahun telah digunakan, ia bermula dari tahun
1976 hingga tahun 2005. Demi mencapai objektif kajian, Ujian ko-integrasi dan ujian
Model Pembetulan Ralat (ECM) akan diaplikasikan dengan menggunakan versi
Model Pembetulan Ralat. Semua hasil kajian telah disokong dengan ujian ekonometri.
Sebagai kesimpulan, dengan menggunakan analisis ECM merumuskan bahawa faktor
krisis kewangan pada tahun 1997 merupakan faktor yang memberi kesan terhadap
mobiliti modal asing di Malaysia dan Singapura, tetapi tidak memberi kesan terhadap
mobiliti modal asing di Thailand. Oleh itu, terdapat beberapa implikasi dasar atau
polisi telah diutarakan kepada pembuat polisi supaya dapat menggiatkan mobiliti
modal asing di kalangan negara A SEAN. |
en_US |